Wednesday, February 18, 2009

RAHSIA PADA SIFAT-SIFAT MATA

Memerhatikan Saiz Mata


Wanita yang saiz matanya lebar kuat berahsia, pemarah, otak kurang cergas, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. nafsu syahwat tinggi.

Wanita yang saiz matanya sedang tidak banyak berahsia, sederhana, padanya ada pertimbangan, bertanggungjawab, dan dia perlukan belaian mesra suami.

Wanita yang saiz matanya kecil suka cakap banyak, kurang sempuma pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Dia periang tapi bila marah dia lambat sejuk. Bila bercinta suka tukar kekasih kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Memerhatikan Bentuk Mata

Wanita yang matanya tersembul keluar sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak, penyamun, dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Wanita yang matanya cengkung ke dalam kurang memuaskan, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, materialistik, bila anda susah dia tidak peduli.

Wanita yang matanya redup itu mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.


Memerhatikan Sifat Mata

Wanita yang matanya jarang berkerdip itu istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, bertanggungjawab, adil, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Wanita yang matanya selalu berkerdip itu pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

RAHSIA PADA SIFAT RAMBUT

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke depan menutup dahinya adalah tanda lurus hatinya dan kerana kelurusannya itu dia selalu diperdaya. Wanita ini juga selalu kehabisan wang.
  • Wanita yang rambutnya berjurai ke belakang menandakan dia keras kepala, panas baran dan terburu nafsu. Dia bersifat ketuanan dan cepat marah jika kata-katanya tidak dituruti. Tapi mereka ini pandai bercerita, baik pula kepada keluarga dan suka memberi.
  • Wanita yang rambut tumbuh rendah di dahinya menandakan bahawa dia adalah wanita yang tamak dan banyak putar belit, tidak bergaul, haloba dan penipu.
  • Wanita yang rambutnya berwarna cokelat muda, panjang lurus dan lembut adalah lembut hatinya tapi cepat marah. Dia punya timbangrasa dalam hubungan dan tubuhnya sihat. Tapi dia tidak begitu bernasib baik dalam hidup.
  • Wanita yang mana rambutnya cerah adalah sehat, punya tujuan hidup, punya cinta berahi yang baik, tapi sukar bila bersamanya. Wanita ini suka dipuji kecantikannya. Dia suka bersukan dan umurnya panjang.
  • Wanita yang rambutnya merah dan panjang itu banyak cekapnya dan sombong pula. Dia pemarah dan tidak sabar. Bila marah dia ganas. Dia juga mempunyai nafsu syahwat yang kuat. Tubuhnya nampak lemah tapi dia sihat dan kuat. Umurnya mungkin tidak panjang. Dia wanita yang suka mendesak dan bersemangat. Fikirannya selalu melayang. Bila merasa kecewa wanita ini jadi dukacita dan kecewa.
  • Wanita yang punya rambut pendek, hitam dan kerinting suka berkelahi, tidak stabil emosinya, berlebihan nafsu syahwatnya, dan tidak boleh dipercayai. Pada awalnya wanita ini nampak sungguh bersemangat tapi akan berubah fikiran selepas itu. Dia adalah mata duitan dan mahu jadi kaya tapi akan merasa hampa kerana niatnya ini.
  • Wanita yang punya rambut pendek lebat berwarna hitam cokelat itu panas baran, sihat orangnya, subur orangnya dan banyak anak. Hatinya selalu gembira. Tapi bersifat tidak mahu mengalah, keras kepala dan degil. Dia wanita yang bersemangat, suka kepada kepelbagaian, bersifat ingin tahu dan kelihatan fleksibel. Dia suka bertemankan lelaki tetapi setia dalam hubungan.
Demikian rahsia sifat rambut. Warna rambut dan sifatnya itu maksud rambut yang asli. Jenis rambut samada panjang atau pendek dan letak rambut adalah pilihan yang empunya rambut.

Mengenal Lelaki Dari Anggotanya

Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenal lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat di dalam kitab Tajul Muluk iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang Melayu zaman dahulu:

1. Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

2- Rambut
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting da merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

3. Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

4. Dahi
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

5. Mata
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

6. Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

7. Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

8. Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat. Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

9. Gigi
Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

10. Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

11. Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

12. Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

13. Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

I4. Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

15. Muka
Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

16. Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

17. Dada
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

18. Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

19. Lengan
Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

20. Tapak Tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

21. Jari
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari
yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

22. Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
23. Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.

24. Betis
Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

25. Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

26. Tumit
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

27. Langkah.
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan.

Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsah-falsah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

CIRI TUBUH WANITA YANG BAIK

(Berdasarkan firasat Bangsa Melayu)
Ada wanita yang walaupun mempunyai kelemahan-kelemahan, tapi tergolong kepada wanita yang baik sifatnya dan boleh dijadikan isteri kerana sifat penyabarnya, sopan santun, pemaaf, sihat, subur, rajin, sanggup bersusah payah atau setia. Berikut digariskan sifat-sifat yang ada pada wanita berkaitan:

* Kulitnya samada putih kuning atau sawo matang atau hitam manis;
* kepalanya besar atau sederhana;
* dahinya luas atau sederhana dan berkerut;
* matanya jarang berkerdip atau mata seperti kanak-kanak atau mata selalu dikerdipkan;
* hidungnya sederhana saiz dan bentuknya;
* saiz mulutnya kecil atau sederhana;
* bibirnya merah atau merah keputihan;
* giginya sederhana saiznya dan tersusun rapat;
* suaranya nyaring atau merdu;
* telinganya besar atau sederhana;
* mukanya bujur;
* tapak tangannya lembut;
* jarinya sederhana atau panjang;
* betisnya bunting padi atau sederhana, tumitnya besar;
* langkahnya panjang dan teratur;
* lidahnya panjang;
* punggungnya lembut;
* dagu, bahu, belakang, leher, dada, lengan, perut dan kaki semuanya sederhana bentuk dan saiznya.

Ciri Ideal Seorang Gadis Melayu

Secara umumnya bolehlah dicatatkan bahawa gadis yang ideal pada pendapat orang Melayu ialah gadis yang cantik, pandai dalam serba-serbi, berguna, cinta pada suami dan taat beragama.

Dari segi kecantikan gadis orang Melayu ada mencirikan gadis ini dengan panjang lebar iaitu lehernya jinjang, pinggang ramping bak kerengga, kulitnya putih halus bak kapas di busar, mukanya bersinar bak rembulan, hidungnya mancung bak seludang, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah bak delima merkah, mulutnya bak seulas limau, giginya putih bak mutiara, tersusun giginya bak sebaris pinang, tangannya halus lembut menawan, bahunya rincing, kakinya cantik, pehanya gebu, betisnya bak bunting padi, punggungnya besar, buah dadanya montok, senyumnya mempesona bak bidadari, rambut ikal mayang, matanya galak, suaranya merdu bak buluh perindu, lenggangnya bak itik pulang petang.

Orang Melayu lama lebih terperinci dalam memilih wanita ideal hingga kepada ciri kemaluan wanita, mungkin kerana pada masa dahulu faktor ini di anggap penting bagi kebahagiaan lelaki. Kemaluan wanita yang ideal dikatakan mempunyai kualiti 7 rasa. Oleh hal demikian gadis Melayu lama 'ada memakai', iaitu mengamalkan jampi serapah untuk mendapatkan kualiti yang disebutkan itu. Kononnya bila seorang wanita itu ada kualiti Tujuh Rasa maka 'banyak rasa dirasa, tidak sama aku seorang'.

Tetapi sekiranya seorang lelaki itu hanya memilih gadis beradasarkan ciri di atas, dia dianggap berkhayal dan hanya mementingkan keseronokan dan kecantikan yang sementara. Ada lagi ciri yang patut dilihat untuk menentukan idealnya seseorang gadis Melayu iaitu budi pekertinya.

Secara umumnya gadis Melayu yang ideal itu dikatakan bersopan santun, manis kata-katanya, lemah lembut, bila berjalan tangannya tidak dilenggangkan tapi diletakkan di sisinya, jalannya tunduk malu, bila dia senyum akan ditutupi mulutnya dengan tangan kerana malu, bila bercakap dia tidak memandang muka lelaki, bila ketawa dia ketawa sedikit sahaja, bila dia lalu dicelah orang ramai dia akan membongkokkan badan dan melorongkan tangannya, bila duduk dia akan duduk bersimpuh. Dia adalah gadis yang tidak suka bernyanyi di dapur, dia juga tidak suka duduk di muka pintu, rajin menolong ibu, pandai menjahit, suka pada adik-adik, cakapnya tidak banyak, dia bijaksana dan tidak cerewet.

Gadis ideal Melayu tidak suka keluar rumah melainkan ditemani oleh adiknya atau kakaknya atau ibunya. Dia tidak suka berjalan ke rumah jiran, atau duduk termenung di halaman di waktu petang. Setiap masa dia gunakan masa untuk hal yang berfaedah seperti menolong ibu memasak, membasuh, menyidai kain, menggosok serta melipat pakaian. Dia jugalah yang memainkan peranan membantu mengasuh adik-adiknya. Biasanya bila dia sudah gadis, peranan memasak dan menghidangkan makanan akan diberikan kepadanya. Dia taat kepada agama dan taat pula bila disuruh oleh ibubapa.

Ciri Gadis Melayu Menurut Islam

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, , menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari cir-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan. Ciri tambahan yang diperlukan bila menimbangkan adat Melayu ialah gadis itu sopan dan hormatkan mertua, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dan tidak terlalu cerewet. Bila gadis itu beragama dengan sendirinya ciri-ciri budi pekerti mulia yang digariskan oleh orang Melayu di atas tadi ada padanya atau mudah untuk ditanamkan pada dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan

Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan

  1. Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
  2. Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
  3. Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
  4. Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
  5. Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.
  6. Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
  7. Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.
  8. Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.